Followers

Tuesday, May 4, 2010

05052010 Homework

l

Comel tak peneman kakak-kakak semasa membuat project robot aka homework Kak Piah. Zakirah pun tidur lambat gara-gara homework Kak Piah

Ipah bergotong-royong dengan bersungguh-sungguh......Terima kasih Ipah

Balik rumah Ibu dikhabarkan akan banyaknya homework Kak Piah yang perlu dibuat sebelum 8 Mei 2010 iaitu hari Sabtu......kalau dateline hari Sabtu mesti kena hantar by hari Jumaat......makanya berkejaran lah Ibu n Ipah sekali bergotong royong menolong Kak Piah menyiapkan homeworknya......tapi Ibu n Ipah tolong yang basic2 sahaja......the rest Kak Piah kena selesaikan sendiri........malam ni siapkan project "Robot" Kak Piah untuk English Class n "Tempat-Tempat Menarik" untuk kelas BM.......

Project Robot....fuhhh mencabar jugak.....sib baik kotak-kotak ari tu Papa tak habis buang.....sebab Papa tk nampak @ tak perasaan bahawa isinya telah tiada.....

Ini lah hasilnya.......2 project Kak Piah untuk hari ini

Homework anak-anak sekolah ni banyak yang memerlukan gambar n kotak-kotak kosong yang akan digunakan mengikut kreativiti murid-murid berdasarkan arahan guru.....oleh yang demikian, buat sementara waktu tu simpan-simpan la kotak kosong yang kecil-kecil.... so bila terdesak camni ada la back-up........lagi satu bg yang mampu sediakanlah printer n pc siap-siap....kalau tak pun simpan la suratkhabar lama n majalah lama untuk dianbil gambar yang berkenaan......teringat dulu-dulu majalah WANITA mak selalu yang jadi mangsa.....walhal tau mak simpan untuk buat koleksi tapi anak punya pasal......redha saja la.....Terima kasih mak...

Last touch-up dari Kak Piah

Monday, May 3, 2010

04052010 Detektif Baby Z n Bersukan

Pian n Ipah hari ni balik lambat sikit bukan sebab lambat keluar dari sekolah tapi asyik tertinggal barang kat kelas......Pagi Ipah tertinggal beg PSV (dulu panggil kelas Lukisan jer.... laa ni nama pun dah moden sedap jer panggil PSV (Pendidikan Seni Visual)......nak dijadikan cerita balik tengahari beg PSV tertinggal lagi kali bukan tertinggal kat rumah macam pagi tadi tapi tertinggal kat sekolah lah pulak.....nasib baik mood Kak Piah hari no ok makanya berjalanlah Kak Piah ke kelas Ipah....Terima kasih Kak Piah.....Ipah jangan tertinggal barang lagi na....banyakkan makan kismis....

Sampai rumah Baby Z dah bangun....apa lagi habis basah adik digomol....pastu tiba-tiba Ibu terdengar "adik jadi detektif...adik jadi detektif"......ni tak de menda lain mesti detektif Conan punyer cerita.....memang pun ghupernyer adik yang kena jadi detektif.....



Korang nampak kan apa ada atas kepala zakirah.....macam-macam dibuatnya


Zakirah lak happy jer....

Petang Piah n Ipah masih kena kuarantin sebab masih tak sihat sangat....Ibu gi main bole tampar yang dah berpuluh tahun rasanya tak menampar bola....makanya memang tangan Ibu makan penampar bola....macam-macam gaya.....dan macam-macam fesyen derang bersukan......ader yang berpakaian smart bila beraksi.....ader yang comel n cute sajer.....



"Semangat kesukanan ada di mana-mana asalkan kita berusaha merealisasikannya"

"Dua-dua gambo ni antara yang cute.....muahahaha....dik jaga gol betul2"

Sunday, May 2, 2010

Utusan Malaysia Online - Malbat II

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri



Info untuk dkongsi bersama: Petikan dari Utusan Malaysia (2 Mei 2010)antara kandungannya:

"Pasukan Malbatt II yang mempunyai kekuatan seramai 440 anggota memulakan misi mereka di Lebanon melalui penghantaran kumpulan pendahuluan seramai 32 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat (LLP) pada 22 April lalu sebelum disertai kumpulan induk seramai 13 pegawai dan 292 anggota LLP pada Khamis lalu.

Pasukan itu yang menggantikan kontinjen Malbatt 1 yang sebelum ini telah menjalankan misi pengaman di sini selama sembilan bulan sejak 29 Julai 2009 turut disertai tujuh anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Abdul Latiff memberitahu, pemilihan pegawai serta anggota untuk menyertai misi tersebut dilakukan mengikut keperluan dan kriteria yang ditentukan UNIFIL meliputi pelbagai kepakaran yang dimiliki ATM.

''Kepakaran yang dimiliki tentera kita meliputi pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan, komunikasi serta pengendalian kenderaan berperisai," katanya.

Hari ini, Abdul Latiff akan melawat anggota Pasukan Malbatt II yang sudah memulakan tugas mereka sejak 22 April lalu di Kem At Tiri, Naquora (dekat sempadan Lebanon-Israel)."

02052010 Simple Breakfast

Breakfast…..Sarapan/Minum Pagi….sangat-sangat penting untuk dititikberatkan….pastikan sebelum kita keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah kita alas perut dengan bersarapan….sebab tu kalau pagi-pagi Ibu bising aka berleter (ahaks…..den berleter) soh makan dulu sebelum pergi sekolah …bukan tak bersebab….ia ada lebih banyak kebaikan dan leteran yang berasas….

Sebab apa orang panggil minum pagi bukan makan pagi?......sebab ia bukan untuk diambil secara keterlaluan tetapi hanya memadai untuk mengalas perut sehingga tiba waktu makan tengahari…..Kalau orang dulu-dulu atau masa kita kecik-kecik dok kat kampung derang mesti akan ambil heavy breakfast contoh nasi lemak….tapi kena ingat derang pun kerja kuat sebab kebanyakkannya kerja kebun, bersawah, menoreh….jadi segala apa yang diambil akan menjadi tenaga yang sepadan dengan beban kerja derang…

Apa kaitan leteran Ibu ngan tajuk entry ni???.....Ntah Ibu pun tak tahu….tapi yang pastinya breakfast pagi minggu ni macam heavy breakfast laa pulak….



ni breakfast semalam......"Breakfast Asal Bule"



ni ari ni punya....."Bubur" sebab apa bubur sebab Kak Piah masih tak sihat lagi....
Q: apa perasaan anda bila anak memuji masakan ibunya sedap dan lebih sedap dari makanan yang dibeli di kedai? Pasti anda akan terharu kan......

Saturday, May 1, 2010

01052010 Labour Day

LABOUR DAY!!!!!Hari ni public holiday sempena Labour Day….kepada semua pekerja-pekerja selamat bercuti dan merehat-rehatkan diri sempena cuti anda dan jangan lupa menyertai perhimpunan Hari Pekerja di MIECC (betul ke nih….yang penting kat Mines International & Exhibition Convention Centre ) pada 8 Mei 2010….

Malam tadi Kak Piah mengadu sakit kepala…..pening sangat-sangat tapi tak demam…temperature pun cuma 35.5 (mana nak cari simbol degree celcius nih…tak jumpa pun) ….Ibu pun tak tau nk buat camna…..bagi ubat tak nak…..sapu ubat pun tak nak…..apatah lagi biler kata nak sapu cream gamat lagi laa tak nak…..ikut peel sapa laa tu gamaknyer…..pukul 12 malam Kak Piah muntah…..banyak betul….abis semua tilam n peralatan berhampiran….tak sempat Ibu nak capai apa-apa…..lepas tu baru dia lega…..



Pagi Perry dah mengiau kt depan pintu…sebab semua orang tak der….dia pun nak join borak skali kat dalam bilik….bila Perry dah masuk jer…Ibu pesan Perry janagan muntah dalam bilik tau…..tapi Kak Piah lak yang terkedu…ahaks…..sorry dear tak teringat lak Piah baru lepas muntah malam tadi….

Friday, April 30, 2010

30042010 Piala Dunia v Scrabble





Hari ni Nanny, Piah n Ipah main bola kat area sekangkang kera belakang rumah…..Nanny pun kt gambo macam umur belasan tahun jer…..sure orang tengok tak percaya cucu dah ada 2 orang…..Piah macam biasa bola datang jer tahan dengan tangan….Ipah bab-bab sukan memang terrer….dari kecik masa baru pandai jalan sampai laa ni asyik berlari sajer….laju lak tu….

Macam maner derang bule join bebudak tu…..asalnyer Nanny tak bagi derang main bola kat belakang rumah tu sebab asyik langgar cili Nanny yang baru nak naik…..Tup…Tup…Nanny ngan anak-anak Ibu lak yang join derang main bola….Bola Sepak lagi…..mentang-mentang la nak demam Piala Dunia….

Malam pulak anak-anak Ibu meneroka permainan baru yang lain.….Pian n Ipah nak cuba main scrabble…..beberapa minggu lepas Papa beli game ni n plan nak main dengan anak-anak tapi ampeh sampai ke sudah takdernyer…..setiap hari kena buat at least sampai 50 words aaa…..laa ni Ibu nak mula ajar game yang senang macam kacang nih pun terasa lah amat susahnya give-up beb….lebih baik main game Mole dalam h/phone….tak fening kepala…..last derang belek-belek sajer laa mende alah tu…tunggulah tuan yang belikan tolong ajar…..Berita terkini Piah tanyer Ibu boleh tak kiter main nama animal sahaja....Ibu: semua boleh BM...BI....animal ke nama ke sumer bole n tk payah kira.....

Thursday, April 29, 2010

29042010 Malbatt - Unifil

Second MALBATT 2 Group Leaves For Lebanon today 29 April 2010 ....dan Papa adalah salah seorang daripadanya.....apa tu UNIFIL??? sebelum ni pun tak pernah lak pulak nak ambil tau.....tapi selalulah dengar......nah amik biler Papa dpt new assignment baru la nak ambil tau.....untuk Piah n Ipah ini adalah jawapan kepada pertanyaan itu...... UNIFIL stands for UnitedNations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) ......

Papa, baby Zakirah n Kak Ipah.....bb Z jer nampak sedih....kak Ipah dalam gambo jer happy tapi......hanya ibu yang tahu.....