Followers

Sunday, May 2, 2010

Utusan Malaysia Online - Malbat II

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri



Info untuk dkongsi bersama: Petikan dari Utusan Malaysia (2 Mei 2010)antara kandungannya:

"Pasukan Malbatt II yang mempunyai kekuatan seramai 440 anggota memulakan misi mereka di Lebanon melalui penghantaran kumpulan pendahuluan seramai 32 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat (LLP) pada 22 April lalu sebelum disertai kumpulan induk seramai 13 pegawai dan 292 anggota LLP pada Khamis lalu.

Pasukan itu yang menggantikan kontinjen Malbatt 1 yang sebelum ini telah menjalankan misi pengaman di sini selama sembilan bulan sejak 29 Julai 2009 turut disertai tujuh anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Abdul Latiff memberitahu, pemilihan pegawai serta anggota untuk menyertai misi tersebut dilakukan mengikut keperluan dan kriteria yang ditentukan UNIFIL meliputi pelbagai kepakaran yang dimiliki ATM.

''Kepakaran yang dimiliki tentera kita meliputi pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan, komunikasi serta pengendalian kenderaan berperisai," katanya.

Hari ini, Abdul Latiff akan melawat anggota Pasukan Malbatt II yang sudah memulakan tugas mereka sejak 22 April lalu di Kem At Tiri, Naquora (dekat sempadan Lebanon-Israel)."

No comments: