Followers

Sunday, May 2, 2010

Utusan Malaysia Online - Malbat II

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri



Info untuk dkongsi bersama: Petikan dari Utusan Malaysia (2 Mei 2010)antara kandungannya:

"Pasukan Malbatt II yang mempunyai kekuatan seramai 440 anggota memulakan misi mereka di Lebanon melalui penghantaran kumpulan pendahuluan seramai 32 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat (LLP) pada 22 April lalu sebelum disertai kumpulan induk seramai 13 pegawai dan 292 anggota LLP pada Khamis lalu.

Pasukan itu yang menggantikan kontinjen Malbatt 1 yang sebelum ini telah menjalankan misi pengaman di sini selama sembilan bulan sejak 29 Julai 2009 turut disertai tujuh anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Abdul Latiff memberitahu, pemilihan pegawai serta anggota untuk menyertai misi tersebut dilakukan mengikut keperluan dan kriteria yang ditentukan UNIFIL meliputi pelbagai kepakaran yang dimiliki ATM.

''Kepakaran yang dimiliki tentera kita meliputi pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan, komunikasi serta pengendalian kenderaan berperisai," katanya.

Hari ini, Abdul Latiff akan melawat anggota Pasukan Malbatt II yang sudah memulakan tugas mereka sejak 22 April lalu di Kem At Tiri, Naquora (dekat sempadan Lebanon-Israel)."

02052010 Simple Breakfast

Breakfast…..Sarapan/Minum Pagi….sangat-sangat penting untuk dititikberatkan….pastikan sebelum kita keluar rumah untuk bekerja atau bersekolah kita alas perut dengan bersarapan….sebab tu kalau pagi-pagi Ibu bising aka berleter (ahaks…..den berleter) soh makan dulu sebelum pergi sekolah …bukan tak bersebab….ia ada lebih banyak kebaikan dan leteran yang berasas….

Sebab apa orang panggil minum pagi bukan makan pagi?......sebab ia bukan untuk diambil secara keterlaluan tetapi hanya memadai untuk mengalas perut sehingga tiba waktu makan tengahari…..Kalau orang dulu-dulu atau masa kita kecik-kecik dok kat kampung derang mesti akan ambil heavy breakfast contoh nasi lemak….tapi kena ingat derang pun kerja kuat sebab kebanyakkannya kerja kebun, bersawah, menoreh….jadi segala apa yang diambil akan menjadi tenaga yang sepadan dengan beban kerja derang…

Apa kaitan leteran Ibu ngan tajuk entry ni???.....Ntah Ibu pun tak tahu….tapi yang pastinya breakfast pagi minggu ni macam heavy breakfast laa pulak….



ni breakfast semalam......"Breakfast Asal Bule"



ni ari ni punya....."Bubur" sebab apa bubur sebab Kak Piah masih tak sihat lagi....
Q: apa perasaan anda bila anak memuji masakan ibunya sedap dan lebih sedap dari makanan yang dibeli di kedai? Pasti anda akan terharu kan......