Followers

Sunday, May 9, 2010

09052010 Selamat Hari Ibu

Birthday Cake Acu merangkap kek untuk Hari Ibu........

Nenek @ eNek dengan zakirah......

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu. Macam-macam panggilan untuk ibu antaranya yang biasa didengar mak, ibu, ummi, mommy,bonda dan pelbagai panggilan lain. Walau apa pun panggilan manja untuk ibu pengorbanan seorang ibu harus dihargai sepenuhnya. Setiap manusia yang lahir didunia ini adalah anak yang dilahirkan dari perut seorang ibu maka wajarlah ia diraikan bukan pada hari-hari tertentu sahaja....tetapi adalah lebih baik diraikan setiap saat dan setiap waktu yang ada.......

Kepada Mak, Siti Sulikah @ Hjh Faridah Bt Misron dan Ibu Mertuaku Hjh Zaharah Bt Mohd Zin yang disayangi dan dikasihi....Selamat Hari Ibu, Semoga Mak sentiasa gembira, bahagia, sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Dan semoga kami akan menjadi anak-anak Mak yang soleh dan solehah.....
Kebetulan Hari Ibu ngan Bday Acu dekat2 jer....makanya semalam celebrate keduan-duanya skali..........

Bday Boy - Acu Iyeh
Semoga Pak Cu akan sentiasa menjadi Pak cu yang terbaik.....

08052010 Perhimpunan Hari Pekerja

Antara petugas-petugas Perhimpunan Hari Pekerja 2010

Para pekerja dan majikan yang menyertai Perhimpunan Hari Pekerja 2010 - Biru-putih (syarikat Samsung), serba hitam (SUK Negeri Selangor) Oren tu tk ingat laa plak.....
Antara rombongan-rombongan yang dalam perjalanan menyertai Hari Pekerja (pink - bas USM kalau tak silap den laa....) Inst. Perakuanan Negara n lori tu abaikan sajer yea....... alamak gambo dah terilang lah pulak......



Antara bas-bas yang sedang menempuh perjalanan yang singkat tetapi amat jammed........

Semalam telah diadakan Perhimpunan Hari Pekerja di MIECC......kepada sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan tahunan ini pastinya akan tertunggu-tunggu majlis ini yang diadakan setiap tahun.....Ini adalah tahun kedua ianya dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak......Berikut adalah antara amanat Perdana Menteri kita........ingatan untuk majikan agar mengutamakan pekerja tempatan..........petikan dari Utusan Malaysia....

"Utama pekerja tempatan


KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.


Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.


“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya."



Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Hari Pekerja akan muncul.........penat deh nak upload sekarang......






Sebahagian para pekerja yang betul-betul menikmati suasana perhimpunan hari pekerja 2010....Uniform Hijau (kontigen dari Harta Maintenance.....yang nampak sipi2 uniform Kuning tu datang dari jauh SUK Sarawak.....

Boss........
Alamak terpost 2 kali aaa plak.......
Peserta dari kontigen Celcom Axiata Sdn. Bhd. ......cuba korang tengok apa yang tertulis kt baju derang.....ada satu lagi BearFrance......