Followers

Thursday, August 21, 2008

Balik kampung

Sekarang ni tengah cuti sekolah......anak-anak Ibu plan nak gi balik kampung.....Semalam perjalanan bermula dari rumah seawal 6.30 pagi.......tapi dari pukul 6.00 pagi lagi anak-anak Ibu dah siap......tak sabar nampaknya.....masuk-masuk jer dalam kereta masing-masing melayan mata......sian anak-anak Ibu excited sangat nak balik kampung ....malam tidur pun tak nyenyak....pagi-pagi lagi dah get ready......

Dalam perjalanan singgah kat rumah Atuk n Wan dulu......anak-anak Ibu nak petik buah rambutan.......banyak betul buah-buahan kat rumah Atuk n Wan......buah manggis sampai 3 pokok yang lebat berbuah pastu buah rambutan lak ada 4 pokok.....memang murah rezeki tahun ni dapat menikmati buah-buahan tempatan......Sampai-sampai jer Atuk n Wan dah ke kebun.....hari ni anak-anak Ibu berpeluang tengok Wan menoreh pokok getah....baru semalam Piah tanya Nyai kat hospital pasal toreh getah......esoknya anak Ibu berpeluang ikut sendiri kat kebun getah dengan bawak ubat nyamuk ikat kat pinggang lagi......best kan pengalaman cuti kali ni.......


Lepas tu anak-anak Ibu petik buah rambutan n panjat pokok rambutan.....pastu jumpa sarang burung terjatuh dari atas pokok.......Atuk soh bawah balik sarang tu tapi anak-anak Ibu dah tertinggalkan sarang burung tu kat pokok rambutan bila Kak Piah usaha nak letak balik sarang tu kat pokok...... Adik pandai betul petik buah rambutan......panjat pokok pun tak gayat......

Wednesday, August 13, 2008

Pertunjukan Bunga Api

Malam semalam kita sekeluarga pergi tengok pertunjukan bunga api di Putrajaya......tapi yang amat tak seronok masa pertunjukan bunga api ialah macam biasa tempat parking......dah laa tak der signboard yang mengarahkan kat mana nak parking kereta.......satu-satunya tempat signboard yang Ibu nampak hanyalah masa keluar dari Jambatan Tulang Ikan (pandai anak-anak Ibu namakan jambatan ni) kat situ ada 2 signboard satu untuk penonton awam arah anak panah menghala jalan ke Putrajaya Holding / Masjid Putrajaya satu lagi menghala ke Pasar Malam/PICC.........bila dah sampai kat roundabout depan PICC polis yang ada kat situ halakan kami ke arah Jambatan yang satu lagi....apa lagi terus keluar laa daripada kawasan tu.....apalah bangang polis yang jaga ........bukan kereta kita sahaja tapi ada banyak kereta lain yang tak tau nak parking dimana terutamanya untuk orang-orang luar Putrajaya......terpaksalah mereka pusing satu Putrajaya sekali lagi......(ini perkataan pertama yang tak elok Ibu gunakan di sini tapi itulah gambarannya......sebab ini bukanlah pertunjukan kali pertama......kan dah ada pengalaman yang lepas.....memang tak belajar dari pengalaman lepas laa ni.....) Tapi yang bestnya....perbualan anak-anak Ibu......

Piah: Apalah polis ni tak pandai buat kerja
Ibu: (diam aja laa.......sebab tak sangka sungguh tak teratur perjalanannya)
Piah: Diorang ni kerja macam budak-budak....
Ipah: Ya laa....dah laa garang......kita bunuh saja laa.....
Ibu & Papa: Ish.....tak elok cakap macam tu.....

Tapi harap-harapnya mereka terutamanya polis putrajaya agar lebih peka akan persoalan yang mungkin kecil bagi mereka....moga ia tidak akan berlarutan atau masih di takuk yang lama sepanjang pertandingan bunga api ini.......tapi tu laa pentadbiran sekarang bukan setakat pentadbiran ajer tapi orang pun macam tu juga.....kalau tak der yang menegur......semua perasan bagus.........

Monday, August 11, 2008

Pertandingan

9 Ogos 2007.....Kak Piah untuk pertama kalinya masuk pertandingan nasyid di Karnival Putrajaya......last minute CIC hantar team nasyid.....walaupun tak sampai seminggu preparation dgn lagu Imam Zainal Abidin.....ibu bangga sebab Kak Pian dan kawan-kawannya telah menunjukkan persembahan yang amat baik.....tak der minus one tak de pun kaset lagu iringan tapi dengan kapasiti 7 kanak-kanak CIC suara mereka bergema memenuhi perkarangan Karnival di Precint 9.......pada hari ini anak-anak CIC telah memenangi aspek keyakinan yang amat tinggi......

10 Ogos 2007......Kak Piah n Ipah masuk pertandingan melukis......malam sebelum tu Ipah beritahu Ibu tak nak masuk pertandingan melukis.....sebab Ipah kata nanti tak boleh menang.........tapi Ibu terangkan pada adik Ibu bukannya nak anak-anak Ibu mesti menang dalam setiap pertandingan yang anak-anak Ibu masuk....Ibu hanya nak anak-anak Ibu ada keyakinan bila berhadapan dengan kelompok yang ramai dan Ibu nak kita sekeluarga sama-sama meraikan dan sama-sama menikmati kegembiraan tersebut agar ia akan jadi kenangan yang manis untuk kita sekeluarga........yang penting anak-anak Ibu enjoy......mcm dalam cerita Puteri tu.....kalau menang ia satu bonus untuk anak-anak Ibu.....

Masa daftar jumpa Uncle Zuflin, Muaz n Zaid......lepas daftar kita ramai-ramai kumpul dalam dewan sementara menunggu pukul 10.....kecoh benor ngan 6 orang anak-anak riang....Asyraf, Aliff, Muas, Zaid, Kak Piah n Ipah.......sibuk main Bidaman (betul ke eja cam ni) hari ni barulah Ibu n anak-anak Ibu tau apa tu Bidaman sebenarnya dari perkataan Jepun iaitu orang guli.....nasib baik laa tak ramai public yang datang......abis semua kumpul bawah meja.......


Masa pertandingan Kak Piah, Ipah, Muaz n Zaid satu kategori.......paling kelakar siapa lagi.....Zaid laa......mula-mula termenung depan buku Ultraman.....pastu warna buku ultraman sekejap..... siap abang cameraman amik gambar tu pegang pensil warna dengan gaya tersendiri.....pastu dia peluk tubuh mcm nak nangis sib baik laa Papa ada.....(papa ader class menyamar mcm jadi AJK ) sekejap jer pastu pimpin tangan dengan Papa terus keluar....dah laa baju sama warna oren.......

Ipah mula-mula okey pastu......Ibu nampak Ipah tompang dagu.....tau dah kalau gaya mcm tu mengantuk laa tu......tapi bagus sebab Ipah warna sampai abis waktu yang diberikan......walaupun tak habis tapi anak Ibu sabar dan cuba untuk siapkan.......

Kak Piah paling konsisten.......dari mula sampai akhir kool jer......even masa tinggal 10 saat tu Kak Piah sempat mewarna huruf-huruf terakhir......Kak Piah n Muaz berjaya habiskan mewarna........Pengumuman pertandingan lepas pertunjukan boneka.......suka tengok ekspresi anak-anak semasa pertunjukan boneka ni.......pandai Uncle Nurul n Abang Din n seorang lagi yang Ibu tak ingat namanya ambil hati anak-anak untuk turut sama dalam cerita kambing......simple jer ceritanya tapi menceriakan........


Pemgumuman pertandingan.......yang paling best setiap keluarga ada pemenang...... Kak Piah, Muaz n Asyraff........tahniah untuk mereka bertiga.......kepada Ipah, Zaid n Aliff......ini baru permulaan....cuba dengan lebih baik di masa akan datang ok........