Followers

Wednesday, August 13, 2008

Pertunjukan Bunga Api

Malam semalam kita sekeluarga pergi tengok pertunjukan bunga api di Putrajaya......tapi yang amat tak seronok masa pertunjukan bunga api ialah macam biasa tempat parking......dah laa tak der signboard yang mengarahkan kat mana nak parking kereta.......satu-satunya tempat signboard yang Ibu nampak hanyalah masa keluar dari Jambatan Tulang Ikan (pandai anak-anak Ibu namakan jambatan ni) kat situ ada 2 signboard satu untuk penonton awam arah anak panah menghala jalan ke Putrajaya Holding / Masjid Putrajaya satu lagi menghala ke Pasar Malam/PICC.........bila dah sampai kat roundabout depan PICC polis yang ada kat situ halakan kami ke arah Jambatan yang satu lagi....apa lagi terus keluar laa daripada kawasan tu.....apalah bangang polis yang jaga ........bukan kereta kita sahaja tapi ada banyak kereta lain yang tak tau nak parking dimana terutamanya untuk orang-orang luar Putrajaya......terpaksalah mereka pusing satu Putrajaya sekali lagi......(ini perkataan pertama yang tak elok Ibu gunakan di sini tapi itulah gambarannya......sebab ini bukanlah pertunjukan kali pertama......kan dah ada pengalaman yang lepas.....memang tak belajar dari pengalaman lepas laa ni.....) Tapi yang bestnya....perbualan anak-anak Ibu......

Piah: Apalah polis ni tak pandai buat kerja
Ibu: (diam aja laa.......sebab tak sangka sungguh tak teratur perjalanannya)
Piah: Diorang ni kerja macam budak-budak....
Ipah: Ya laa....dah laa garang......kita bunuh saja laa.....
Ibu & Papa: Ish.....tak elok cakap macam tu.....

Tapi harap-harapnya mereka terutamanya polis putrajaya agar lebih peka akan persoalan yang mungkin kecil bagi mereka....moga ia tidak akan berlarutan atau masih di takuk yang lama sepanjang pertandingan bunga api ini.......tapi tu laa pentadbiran sekarang bukan setakat pentadbiran ajer tapi orang pun macam tu juga.....kalau tak der yang menegur......semua perasan bagus.........

No comments: