Followers

Tuesday, May 11, 2010

11052010 Kasih Abang....


Bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati dan diambil iktibar dari apa yang tersirat di dalam gambar ini.......terima kasih kepada pengirim email.....sesungguhnya terasa amat beruntung berada di dalam kehidupan dan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kami.....sebagai seorang Ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bayi berusia 5 bulan hati Ibu sungguh tersentuh melihat paparan ini..........sedih tak terkata tatkala menatap gambar ini......Bersyukurlah anak-anakku akan nikmat yang diberikan Allah kepada kita semua........Ibu berdoa semoga kanak-kanak di dalam gambar ini sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan diberi kehidupan yang lebih baik.....Amin.

Monday, May 10, 2010

09052010 – Pajama’s Kids

Aktiviti-aktiviti bila Piah, Ipah, Napi n Fizzi berkumpul …macam-macam aktiviti yang derang buat…..mula-mula sampai jer terus main remote control car….pastu senyap jer rupanya dah dapat lak kawan-kawan baru…..penat jer terus masuk dalam makan donut…..sekejap jer pastu sambung balik aktiviti….maghrib jer semua tak sabar nak mandi sebab nak pakai pajama baru yang Uwan belikan…….pastu sambung main lagi…….sampai .makan pun tak ingat…..sampai ada yang kena paksa makan… atuk suapkan….


Aksi-Aksi Nakal Cucu-Cucu Cikgu Mohd. Nor & Cikgu Zaharah

Sekali imbas mesti orang ingat yang pakai baju hijau adik-beradik n yang pakai baju biru tu adik-beradik yang lain kan.....rambut pun mcm yang hijau kerinting n ikal sikit......n yang pakai baju biru tu lurus sket.....

Tetiba ader new comer baju warna pink.....sebab Uwan tak jumpa lagi kot pyjama untuk baby......

Awatnya.....Fizzi n Kimi wat gaya camtu........

Laa......Fizzi takder geng.....sorang-sorang jer kat tengah

Pian n Ipah mintak kebenaran Ibu untuk tak pergi mengaji malam ni….sebab Onyang, eNek, Atok , Uwan n yang paling penting sepupu-sepupu derang ader kat rumah….tak nak bagi kesian pulak bukan selalu pun derang jumpa…..kali ni saja tau…lain kali tak boleh dah…..kelas mengaji kat surau pun dah bertambah lagi 2 orang n sekarang dah lebih 10 orang….Alhamdullillah dah semakin ramai yang mengaji di surau……

Sunday, May 9, 2010

09052010 Selamat Hari Ibu

Birthday Cake Acu merangkap kek untuk Hari Ibu........

Nenek @ eNek dengan zakirah......

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu. Macam-macam panggilan untuk ibu antaranya yang biasa didengar mak, ibu, ummi, mommy,bonda dan pelbagai panggilan lain. Walau apa pun panggilan manja untuk ibu pengorbanan seorang ibu harus dihargai sepenuhnya. Setiap manusia yang lahir didunia ini adalah anak yang dilahirkan dari perut seorang ibu maka wajarlah ia diraikan bukan pada hari-hari tertentu sahaja....tetapi adalah lebih baik diraikan setiap saat dan setiap waktu yang ada.......

Kepada Mak, Siti Sulikah @ Hjh Faridah Bt Misron dan Ibu Mertuaku Hjh Zaharah Bt Mohd Zin yang disayangi dan dikasihi....Selamat Hari Ibu, Semoga Mak sentiasa gembira, bahagia, sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Dan semoga kami akan menjadi anak-anak Mak yang soleh dan solehah.....
Kebetulan Hari Ibu ngan Bday Acu dekat2 jer....makanya semalam celebrate keduan-duanya skali..........

Bday Boy - Acu Iyeh
Semoga Pak Cu akan sentiasa menjadi Pak cu yang terbaik.....

08052010 Perhimpunan Hari Pekerja

Antara petugas-petugas Perhimpunan Hari Pekerja 2010

Para pekerja dan majikan yang menyertai Perhimpunan Hari Pekerja 2010 - Biru-putih (syarikat Samsung), serba hitam (SUK Negeri Selangor) Oren tu tk ingat laa plak.....
Antara rombongan-rombongan yang dalam perjalanan menyertai Hari Pekerja (pink - bas USM kalau tak silap den laa....) Inst. Perakuanan Negara n lori tu abaikan sajer yea....... alamak gambo dah terilang lah pulak......



Antara bas-bas yang sedang menempuh perjalanan yang singkat tetapi amat jammed........

Semalam telah diadakan Perhimpunan Hari Pekerja di MIECC......kepada sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan tahunan ini pastinya akan tertunggu-tunggu majlis ini yang diadakan setiap tahun.....Ini adalah tahun kedua ianya dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak......Berikut adalah antara amanat Perdana Menteri kita........ingatan untuk majikan agar mengutamakan pekerja tempatan..........petikan dari Utusan Malaysia....

"Utama pekerja tempatan


KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.


Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.


“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya."



Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Hari Pekerja akan muncul.........penat deh nak upload sekarang......






Sebahagian para pekerja yang betul-betul menikmati suasana perhimpunan hari pekerja 2010....Uniform Hijau (kontigen dari Harta Maintenance.....yang nampak sipi2 uniform Kuning tu datang dari jauh SUK Sarawak.....

Boss........
Alamak terpost 2 kali aaa plak.......
Peserta dari kontigen Celcom Axiata Sdn. Bhd. ......cuba korang tengok apa yang tertulis kt baju derang.....ada satu lagi BearFrance......


Friday, May 7, 2010

07052010 Pra-Perhimpunan Hari Pekerja

Semalam n hari ini opis senyap sahaja........sebahagian besar sedang bertungkus lumus di MIECC untuk persediaan Perhimpunan Hari Pekerja 2010......kali ini akan diadakan di MIECC memandangkan Stadium Putra Bukit Jalil sedang digunakan untuk Piala Thomas......

Thursday, May 6, 2010

05052010 Dinner PUSPANITA

Antara ahli-ahli Puspanita yang turut memeriahkan Malam Ladies Night di Puspanitapuri
Aturcara Majlis.....

Pengerusi Puspanita


Malam semalam ada Ladies Nite kat Puspanitapuri.....balik kerja jer Ibu beritahu Piah n Ipah Ibu nak gi Dinner....apa lagi semua nak ikut.....Ipah siap pakai sselipar nak hantar Ibu kat kereta dengan harapan dapat ikut.....tak boleh aaa sayang......ada event yang boleh ikut ada yang tak boleh ikut....tapi Dinner 22 Mei 2010 nanti anak-anak Ibu boleh ikut.....Malam balik sedang tepat pada waktunya untuk baby Zakirah menyusu.....

Ipah kena practise untuk pertandingan kat KAFA.....tajuk untuk persembahan Ipah "Rukun Iman".....Ipah tanya macamana nak buat gaya kat Ibu masa bagi ucapan......susah jugak rupanya nak buat gaya.....untuk ingatan bersama agar kita tak akan pernah lupa...............

"RUKUN IMAN......i) Beriman kepada Allah. ii) Beriman kepada Malaikat. iii) Beriman kepada Kitab. iv) Beriman kepada Rasul. v) Beriman kepada Qada' & Qadar. vi) Beriman kepada Hari Kiamat."

Good Luck Ipah......semoga segalanya dipermudahkan olehNya........

Wednesday, May 5, 2010

Living Malaysian Hospitality : Eating, Breathing, Sleeping

Living Malaysian Hospitality : Eating, Breathing, Sleeping


Petikan dari malaysiaairlinesblog.com.......bermulanya hubungan antara MAS dan Malaysia Peacekeepers

".................................
Before that……

Negotiations for the flight began five weeks ago, after UN approval was obtained for Malaysia to send a contingent of our Peacekeepers to Beirut. Having agreed with the pricing and schedule, we sealed the contract, and I got the MasCharter team cracking getting all sorts of approvals necessary for the organization of the flight. A B747-400 with a capacity of 380 seats ( 9M-MPK) was identified for the non-stop 10 hour flight from Subang Air Force Base to Beirut. Armand (Charter Photo Journo) was assigned photo duties while Ariv ( part time Videographer and Military enthusiast) was appointed the video hack. A crew of 14 Stewardesses along with one Chief was selected, together with three pilots, one loadmaster and a travelling aircraft engineer. Weapons and munitions were packed in accordance to the UN/ICAO DG requirements, busses were booked to ferry the troops from the KUA base to SZB and overnight hotel were also arranged for them.

The week before, we ferried a batch of 88 peacekeepers on the scheduled MH flight, upgrading the A330 to B744 to accommodate the Military Cargo.

We also arranged catering and tenting facilities for the families to send off their loved ones. Having been told that DPM will be sending the troops off, VVIP catering was also organised. Our trusted caterer, LSG Skychef was roped in for this purpose.

Cargo loading commenced that Sunday evening with a convoy of Army trucks heading into the MAS cargo complex, dropping of the necessary equipment and rations. The aircraft was then flown to Subang from KLIA to depart at the stipulated hour................"