Followers

Thursday, June 12, 2008

Latih-tubi

Ibu diberitahu minggu ni CIC akan buat pertandingan Maths, mlm semalam Ibu bg beberapa latihan utk Kak Piah n Ipah......Kak Piah punya latihan mencabar sket kalau dibandingkan dengan latihan yang Ibu beri pada Ipah......tapi Ibu tahu Kak Piah boleh buat....Adik lak boleh buat semua tapi macam biasa cuma adik belum yakin nak buat sendiri......asyik2 tanya Ibu laa....tanya Papa laa....lepas ni Ibu nak anak-anak Ibu cuba sedaya upaya buat sendiri lepas tu kalau betul2 tak boleh buat baru kita bincang sesama......bukan apa Ibu nak anak-anak Ibu yakin....

Tuesday, June 10, 2008

Birthday...

Anak-anak Ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh.......tengok tu tiup lilin birthday Ibu tapi macam masing-masing punya birthday lak.......hehehe comel betul anak-anak Ibu

Inilah hadiah birthday yang berharga buat Ibu......hadiah pertama dari anak-anak Ibu....."Pefium" sebagaimana yang dieja Kak Piah di bawah.........ingat tau kenangan ni.....

"selamat hari jadi ibu saya sayang sangat ibu daripada siti zafirah
saya bagi ibu pefium"

"selmat hari ibu ipah
"


Tulisan di atas merupakan tulisan pertama anak-anak Ibu dalam blog ini. Terima kasih anak-anak Ibu......hari ni Ibu gembira sesangat.......hari ni juga dah meningkat setahun lagi umur Ibu....macam sikit jer bila sebut setahun tu....heheh....Terima kasih atas ingatan itu......Kak Piah amat berusaha nak celebrate birthday Ibu......nk beli hadiah laa.......jemput kenkawan laa.......(Ibu dapat bayangkan macamana kecohnya petang tadi kan.....)sungguh terharu Ibu......Terima kasih juga untuk Papa.....Baju dr Cik Uda n Nanny juga sangat cantk dan sesuai banget.....
Anak-anak Ibu excited nak tengok apa hadiah dalam tu......walhal tu laa hadiah yang anak-anak Ibu pilih.......gelagat anak-anak Ibu memang amat menceriakan

Untuk Kak Piah n Ipah......kek tadi tu sedappppp sangat........hadiah yang anak-anak Ibu pilih dan beli pun harummmmmm sangat........Terima kasih sayang Ibu....

Sunday, June 8, 2008

Cita-Cita

Perarakan panji-panji sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong-Sabtu 7 Jun 2007

Topic ari ni pasal cita-cita.......apakena dengan cita-cita........ sebab dah dua hari anak-anak Ibu asyik cerita pasal cita-cita.......memula adik yang buka cerita bila dah besar nak jadi askar, bomba dan polis. Tak lama lepas tu Kak Piah pulak buka soalan tanya Ibu masa dalam perjalanan nak balik rumah lepas beli bunga telur untuk Nanny;

Adik : Ibu, Ipah nanti dah besar nak jadi polis dengan bomba....
belum sempat Ibu mencelah........
Adik : lepas tu Ipah pun nak jadi polis
Kak Piah : Ibu, boleh ke kita kerja banyak-banyak?
Ibu : Boleh tapi kena bersesuaian laa
Kak Piah : Kalau Piah nak jadi doktor dengan askar boleh tak?
Ibu : Boleh sebab dalam askar ada doktor tentera
Kak Piah : Kalau dengan bomba?
Ibu : tak boleh
Kak Piah : Apasal?

begitu la seterusnya.......perbincangan hangat sepanjang perjalanan yang renyai-renyai sampailah kita semua tiba di rumah.......tu malam semalam punya perbualan.....hari ni pun sama juga.....kisah ni sebenarnya bermula pukul 7.30 pagi hari Sabtu 7 Jun 2008 sempena birthday Yang Dipertuan Agong Malaysia......masa tu ada siaran langsung perarakan panji-panji maka dek terlalu asyik tengok siaran langsung tu.....tu yang timbul cita-cita nak jadi macam papa....
Pasukan beruniform sentiasa menarik minat anak-anak Ibu......gambar Papa tak de sebab Papa yang amik gambar kan........

Part yang anak-anak Ibu suka........berkawad.......bersemangat jer

Untuk anak-anak Ibu, terutamanya Kak Piah yang selalu bertanya pada Ibu.....Kalau Piah dah besar Ibu suka Piah jadi apa? setiap Ibu akan mengharapkan segala yang terbaik untuk anak-anaknya begitu juga dengan Ibu.... Ibu berdoa semoga apa yang dicita-citakan oleh anak-anak Ibu akan dimakbulkan oleh Allah dan Ibu akan sentiasa mendoakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anak Ibu......semoga segala-galanya diberkati dan dirahmati Allah...Amin.

Esok sessi persekolahan bermula.......anak-anak Ibu dah tak sabar-sabar nak pegi sekolah.....maklumlah dah dua minggu cuti......hari Jumaat ari tu dah tak boleh tunggu lagi dah sampai Kak Piah merayu ngan Ibu n Papa nak pegi sekolah.......tapi Papa pujuk stay laa kat rumah minggu ni......minggu depan baru hari Isnin baru pegi sekolah macam biasa......sebenarnya Kak Piah dan tak sabar nak pergi sekolah......kad untuk Sakinah pun Kak Piah dah siap buat.....dah rindu kat kawan-kawan la tu

p/s esok Papa ada exam......anak-anak Ibu jangan kacau Papa tau......untuk Papa....semoga dapat buat yang terbaik dan kami semua mendoakan yang terbaik untuk Papa dan semoga dipermudahkan segalanya......good luck......

Tuesday, June 3, 2008

Cuti sekolah

Tempat pertama dilawati Kapal Flora de la mar........

Pengalaman pertama anak-anak Ibu menaiki beca ngan Acu.....tapi lepas sekali naik beca......Piah n Ipah nak naik lagi.......mahal tu sayang kalu sekali naik untuk sejam RM40.00 kalu sekali pusingan RM20.00......

Kak Piah n Ipah di depan tinggalan sejarah Kota A'Famosa

Gambar belakang beca ni Ipah yang ambil......suka bebenor nak ambil gambar belakang beca.....cantik katanya
Adik ni terror betul main gasing umur baru 5 tahun.....tapi tak mustahil memandangkan dari atuk sampai cucu memang terror main gasing.....selamba jer dia baling gasing tu.....Ibu pegang gasing yang paling kecil....gulung-gulung tali pastu bila tengok dia baling gasing dengan selambanya maka Ibu pun dengan selambanya meletak kembali gasing tu......heheheh

Kak Piah bergaya dengan topeng ultraman, masuk-masuk jer kedai terjumpa lak topeng ni maka memandangkan anak-anak Ibu minat sangat ultraman takper tapi satu sahaja tau

Yang bagusnya di Muzium Samudera ialah lukisan-lukisan cartoon yang boleh dibaca oleh anak-anak.........part ni yang paling Ibu rasa tak sia-sia bawa anak-anak Ibu ke Muzium ini

Kali ni plan cuti sekolah nak bawa Piah, Ipah, Acu, Nyai, Nanny, Cik Uda gi jalan-jalan kat Bukit Merah Lake Town Resort tapi atas alasan yang munasabah n advise dari Papa makanya rombongan Cik Kiah ke Bukit Merah tak dapat dilaksanakan. Maka Melaka lah menjadi galang gantinya memandangkan anak-anak Ibu nak sangat naik beca.


p/s minggu ini juga kita kehilangan orang yang paling disayangi oleh semua terutamanya Tok Busu....semoga rohnya sentiasa dirahmati dan dalam redha Illahi.....Al Fatihah

Thursday, May 29, 2008

Thermal Fogging Lagi Sekali

Perry dengan muka..... wat suspen jer......takutlah tu.....takder apa-apa la Perry orang nak sembur nyamuk jer tu........
Terpaksa minum petang kat bawah......ngan Perry sekali memandangkan ada aktiviti sembur menyembur......

Makan malam Ipah.....semua tak nak...... nak ice cream saja.....sib baik birthday Nyai

Cik Uda ngan Nyai........

Antara menu malam tu.......pilihan Acu

dah pukul 12.30 malam.....rasanya mata Ibu dah tak buleh nak buka besar2 ngantuk sesangat.....tadi celebrate birthday Nyai kat Secret Recipe.......esok Ibu sambung cerita ok.....Selamat Malam semua...jangan lupa Al Fatihah n baca doa sebelum tidor ok.....Buat Nyai yang dikasihi.......Selamat Ulangtahun, semoga panjang usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.....

Tuesday, May 27, 2008

Homework

Kalau Kak Piah masih ingat........ni salah satu homework Kak Piah masa di yochien

Memang tak dapat Ibu nafikan zaman dah berubah.......tuntutan zaman dahulu dan sekarang pun jauh berbeza......kalau dulu umur 6 tahun Ibu masih tak kenal apa tu homework......pergi sekolah tadika nyanyi......balik rumah tunjuk Nyai kertas yang dilukis masa kat sekolah........gambar yang Ibu pandai buat masa tu yang paling Ibu ingat gambar orang lidi.....masa sekolah tadika tak pernah ada homework......tapi anak-anak Ibu sekarang balik sekolah mesti ada homework walaupun belum masuk tadika pun.........tapi anak-anak Ibu kena ingat itu semua untuk kebaikan dan masa depan anak-anak Ibu.......kalau boleh memang masa sekarang Ibu nak anak Ibu merasai sepenuhnya zaman kanak-kanak macam yang pernah Ibu
lalui......tapi bila difikirkan kembali.....Ibu tak boleh buat macam tu.....Ibu nak anak-anak Ibu terima segala apa yang terbaik.......

Sekarang cuti sekolah.......teacher ada bekalkan homework untuk seminggu nie.......Kak Piah dah siapkan awal-awal lagi........bila Ibu tanya semua dah siap.......tahniah untuk Kak Piah.......tapi adik malam semalam bila Ibu tanya masih belum siap lagi........walaupun homework adik sikit tapi Ibu nak adik buat.........Ibu tak suka kerja tangguh-tangguh........ini yang paling Ibu tekankan.......buat kerja jangan bertangguh.......biar Ibu marah anak-anak Ibu sekarang......sebab Ibu tak nak anak-anak Ibu menyesal kemudian........kalau dah biasa bertangguh sampai besar pun nanti suka tangguh buat kerja......jangan samapi macam tu.......semalam adik meragam masa buat homework masa tu lah nak makan.......nasib baik ada Nyai........tapi dah sampai pukul 11.00 malam tak siap lagi.......mana nak siap adik buat main-main.......bukan maksud Ibu nak marah.....Ibu tak marah pun......cuma apa yang Ibu buat supaya lain kali adik tak buat kerja sambil lewa........ bila Ibu denda......ok pulak......boleh habis pulak homework tu.......kan bagus kalau adik siapkan awal2 tak der laa nak kena marah........lain kali jangan buat macam tu lagi yea......Tahniah untuk adik sebab dapat juga siapkan homework tu......bukan banyak pun.....




Papa yang dihormati n anak-anak Ibu yang disayangi........


*ni nota Papa untuk Kak Piah n Ipah;

Den tak ponah poi tadika. Yang den tau umo ompek tahun den ikut ayah den poi skolah. Dok kek kantin sobab uwan den meniago kantin tu. Tunggu la sampai tongahari. Anak-anak papa untung. Umo 3 tahun dah mulo poi skolah. Ipah jo yang tak dapek poi skolah umo 3 tahun. Umo 4 tahun semuo dah buleh baco. Papa pun tak ingat bilo papa mulo buleh maco......so belaja la ghajin ghajin

Sunday, May 25, 2008

Perry Lagi

Perry selepas dijumpai.........merajuk tido kat luar beralaskan tangan........

Semalam ari Sabtu 24 April ......pukul 5.30 pagi Kak Piah bgtau Nanny Perry tak der......adik lak kata Perry tido dalam bilik Ibu kot........lepas tu memasing buat hal masing2 .....sampailah masa tengah breakfast tetiba kuar balik pertanyaan MANA PERRY? Apa lagi tinggal suma aktiviti......pegi cari Perry....Nanny ngan Kak Piah cari Kat tangga.......Papa ngan Ipah carik kat tempat lain.........Ibu pegi tanya anak jiran yang ada bela kucing kecik......memula Ibu ternampak anak kucing tu kat celah balkoni tengah jengah2 kat bawah.....takut Ibu kang terjatuh tak berbaloi lak.....sambil bawa anak kucing tu kat tuannya Ibu tanya laa kat adik-beradik tu ada nampak tak Perry?......Takder lak pulak.........Hai Perry2 mana lah ko dah pegi........merajuk tang semalam kot.......


Tetiba Ibu dengar bising2......sah kalu happy jer bunyinya....dah jumpa laa Perry tu....Allhamdullulah Kak Piah n Nanny dah jumpa Perry kat tangga tingkat 2.....Janganlah buat macam tu lagi Perry....semua tak sedar pukul berapa Perry keluar.....masa tengah malam ke....masa awal pagi........tak kisah lah yang penting Perry dah balik......
Perry..........sebelah petang main basikal ngan Piah n Ipah......