Followers

Saturday, May 15, 2010

15052010 Hari Belia Negara 2010

Hari Belia Negara telah bermula dari 14 hingga 16 Mei......terlalu banyak sangat program yang telah diatur bermula semalam

Antara program semalam ialah Majlis Tahlil & Doa Selamat, Khutbah Jumaat, Solat Hajat dan siaran langsung Al-Kuliyyah.......

Program untuk 2 hari ni pulak termasuklah perasmian program Hari Belia oleh YAB Perdana Menteri di PICC......angan-angan nak pegi la jugak pepagi buta tadi....almaklumla ramai kenkawan n ex-schoolmate yang akan datang.....tapi apakan daya Zafirah lak tak tido lena malam tadi makanya.....rasa macam tak larat lah pulak nak menapak.....Sebab apa menapak???? sebab banyak laluan akan ditutup.....dan ada yang telah ditutup bermula 12 tghmalam tadi.....

Antara Laluan yang ditutup ialah.....Laluan masuk ke Persiaran Perdana, Presint 2, Presint 3 dan Presint 4......semua kenderaan persendirian tidak dibenarkan masuk......Oleh yang demikian, akan disediakan bas-bas percuma......letak kereta n naik bas di Park n Ride Presint 1 dekat ngan Alamanda, pastu letak kereta kat area hospital n naik bas kat ERL......bas-bas akan membawa anda ke destinasi seterusnya antaranya ke PICC atau Presint 2 dan dikhabarkan tram akan menunggu untuk membawa anda ke lokasi seterusnya......

Program di Tapak Pasar Tani........Karnival Jom Heboh TV3 kalau nak tengok Tomok n Sofaz......depa ada kat situ petang nih.....

Program di Persiaran Perdana.......Pameran Pendidikan, JobFair, FI Team, Motorbike Show, Perhimpunan Sukarelawan, PLKN, Persembahan Band, Kesenian Rakan Muda, Pertandingan extream Dance, Persembahan Indie Band dll......penat wei tulih ado banyak laie.....

Program di Jambatan Putra........ Pertandingan Dikir Barat, Konsert Rabbani, Pertandingan Gendang n Sessi Bersama Upin & Ipin, Sessi Bersama Chef....dll

Program di PICC.....Perhimpunan Belia Negara, Penyampaian Anugerah, Pertandingan Cheer Leading.....dll....nih Ipah sure suka punya......

Tu sikit ajer yang terlintas n teringat nak tau lebih lanjut gi kat website Perbadanan Putrajaya....ader berpuluh-puluh program yang derang aturkan.....futsal, bolajaring, tomoi, teater kampong Aiman, kabbadi, peragaan fesyen, sepak takraw, bola keranjang.....

Tapi masalah Ibu yang begitu teruja nak pergi nih......minggu depan anak-anak Ibu ada exam.....laaa ni pulak cuaca sangat-sangat panas....Ipah lak batuk-batuk lagi.......iskh....iskh.....pegi.... tak pergi.....pegi......tak pegi.....nak sampai berapa kali ni kira???

1 comment:

Unknown said...

anak anak papa tak sihat maknanyer papa nyer pun kat sini tak sihat. Tgh demam.....