Tempat pertama dilawati Kapal Flora de la mar........
Pengalaman pertama anak-anak Ibu menaiki beca ngan Acu.....tapi lepas sekali naik beca......Piah n Ipah nak naik lagi.......mahal tu sayang kalu sekali naik untuk sejam RM40.00 kalu sekali pusingan RM20.00......
Kak Piah n Ipah di depan tinggalan sejarah Kota A'Famosa
Gambar belakang beca ni Ipah yang ambil......suka bebenor nak ambil gambar belakang beca.....cantik katanya
Adik ni terror betul main gasing umur baru 5 tahun.....tapi tak mustahil memandangkan dari atuk sampai cucu memang terror main gasing.....selamba jer dia baling gasing tu.....Ibu pegang gasing yang paling kecil....gulung-gulung tali pastu bila tengok dia baling gasing dengan selambanya maka Ibu pun dengan selambanya meletak kembali gasing tu......heheheh
Kak Piah bergaya dengan topeng ultraman, masuk-masuk jer kedai terjumpa lak topeng ni maka memandangkan anak-anak Ibu minat sangat ultraman takper tapi satu sahaja tau
Yang bagusnya di Muzium Samudera ialah lukisan-lukisan cartoon yang boleh dibaca oleh anak-anak.........part ni yang paling Ibu rasa tak sia-sia bawa anak-anak Ibu ke Muzium ini
Kali ni plan cuti sekolah nak bawa Piah, Ipah, Acu, Nyai, Nanny, Cik Uda gi jalan-jalan kat Bukit Merah Lake Town Resort tapi atas alasan yang munasabah n advise dari Papa makanya rombongan Cik Kiah ke Bukit Merah tak dapat dilaksanakan. Maka Melaka lah menjadi galang gantinya memandangkan anak-anak Ibu nak sangat naik beca.
p/s minggu ini juga kita kehilangan orang yang paling disayangi oleh semua terutamanya Tok Busu....semoga rohnya sentiasa dirahmati dan dalam redha Illahi.....Al Fatihah