Followers

Sunday, June 8, 2008

Cita-Cita

Perarakan panji-panji sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong-Sabtu 7 Jun 2007

Topic ari ni pasal cita-cita.......apakena dengan cita-cita........ sebab dah dua hari anak-anak Ibu asyik cerita pasal cita-cita.......memula adik yang buka cerita bila dah besar nak jadi askar, bomba dan polis. Tak lama lepas tu Kak Piah pulak buka soalan tanya Ibu masa dalam perjalanan nak balik rumah lepas beli bunga telur untuk Nanny;

Adik : Ibu, Ipah nanti dah besar nak jadi polis dengan bomba....
belum sempat Ibu mencelah........
Adik : lepas tu Ipah pun nak jadi polis
Kak Piah : Ibu, boleh ke kita kerja banyak-banyak?
Ibu : Boleh tapi kena bersesuaian laa
Kak Piah : Kalau Piah nak jadi doktor dengan askar boleh tak?
Ibu : Boleh sebab dalam askar ada doktor tentera
Kak Piah : Kalau dengan bomba?
Ibu : tak boleh
Kak Piah : Apasal?

begitu la seterusnya.......perbincangan hangat sepanjang perjalanan yang renyai-renyai sampailah kita semua tiba di rumah.......tu malam semalam punya perbualan.....hari ni pun sama juga.....kisah ni sebenarnya bermula pukul 7.30 pagi hari Sabtu 7 Jun 2008 sempena birthday Yang Dipertuan Agong Malaysia......masa tu ada siaran langsung perarakan panji-panji maka dek terlalu asyik tengok siaran langsung tu.....tu yang timbul cita-cita nak jadi macam papa....
Pasukan beruniform sentiasa menarik minat anak-anak Ibu......gambar Papa tak de sebab Papa yang amik gambar kan........

Part yang anak-anak Ibu suka........berkawad.......bersemangat jer

Untuk anak-anak Ibu, terutamanya Kak Piah yang selalu bertanya pada Ibu.....Kalau Piah dah besar Ibu suka Piah jadi apa? setiap Ibu akan mengharapkan segala yang terbaik untuk anak-anaknya begitu juga dengan Ibu.... Ibu berdoa semoga apa yang dicita-citakan oleh anak-anak Ibu akan dimakbulkan oleh Allah dan Ibu akan sentiasa mendoakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anak Ibu......semoga segala-galanya diberkati dan dirahmati Allah...Amin.

Esok sessi persekolahan bermula.......anak-anak Ibu dah tak sabar-sabar nak pegi sekolah.....maklumlah dah dua minggu cuti......hari Jumaat ari tu dah tak boleh tunggu lagi dah sampai Kak Piah merayu ngan Ibu n Papa nak pegi sekolah.......tapi Papa pujuk stay laa kat rumah minggu ni......minggu depan baru hari Isnin baru pegi sekolah macam biasa......sebenarnya Kak Piah dan tak sabar nak pergi sekolah......kad untuk Sakinah pun Kak Piah dah siap buat.....dah rindu kat kawan-kawan la tu

p/s esok Papa ada exam......anak-anak Ibu jangan kacau Papa tau......untuk Papa....semoga dapat buat yang terbaik dan kami semua mendoakan yang terbaik untuk Papa dan semoga dipermudahkan segalanya......good luck......

No comments: