Followers

Monday, June 16, 2008

Alam Semesta

Maghrib tadi selepas sembahyang maghrib, Ibu n Piah duduk kat atas kerusi tengok matahari terbenam.......sebenarnya bukanlah tengok matahari terbenam pun......dah lama matahari tu terbenam cuma warna-warna merah senja tu yang menarik.......masa sedang kami mengamati ciptaan Allah tu......adalah timbul perbualan ni:-

Piah: Cantik kan Ibu warna warni macam rainbow.......
Ibu: Cantik..... tulah namanya ciptaan Allah.....
Piah: Aha...kan Ibu....banyak kerja Dia nak buat semua ni......tapi syaitan asyik main-main saja......
Ibu terdiam......takder sebarang jawapan yang Ibu dapat beri waktu tu

Betapa tulusnya anak-anak kecil berfikir......maka bagi yang dewasa fikir-fikirkanlah apa yang terbaik......sebab sebagai manusia kita semestinya tak terlepas dari melakukan kesalahan.....apatah lagi lumrah manusia yang mudah lupa diri........sedikit keriangan.......sedikit kesenangan boleh membuatkan kita mudah alpa dan lalai dengan Pencipta......sepatutnya kita lebih malu kepada Allah sekiranya melakukan kesalahan bukannya malu dengan manusia.....tapi kebanyakan dari kita lebih memilih malu untuk berhadapan dengan manusia......ingatlah peringatan Allah tu datang dari berbagai-bagai cara......sebarang teguran juga adalah menunjukkan kasih Allah kepada kita sebagai hambanya........renung-renungkanlah......setiap dari kita masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri........

Sunday, June 15, 2008

Jogging

Semalam jumpa kupu-kupu gajah tapi tak sempat ambil gambar hari ni anak-anak Ibu jumpa kupu-kupu kecik......

Petang tadi Ibu, Kak Piah, Ipah n Nanny berjogging di Taman Botani dan dalam perjalanan nak ke lif.......Kak Piah terjumpa lak kupu-kupu kecik ni.......kalau nak tau sepanjang berjogging kupu-kupu kecik ni ada kat dalam poket Ibu n lepas tu separuh perjalanan simpan lak dalam poket Ipah.....

Berikut perbualan antara Ipah n Kak Piah:-

Ipah: siannyer........siannyer dia tak der mama
Kak Piah: sian kan dia.........nanti kita carikanlah mama dia.......
Ipah: ok lah nanti kita cari mama dia lah.....

Masa kat Taman Botani ......kalau ikutkan bukanlah berjogging pun cuma jenjalan jer sambil hirup udara segar di waktu petang.....Kak Piah sorang jer yang betul-betul berjogging.....tu pun Ibu panggil minta Kak Piah berhenti tunggu Ibu kalau tak mesti abis satu taman Kak Piah round.......Adik lak baru "sejengkal" dah cakap penatlah......nak tido lah......pas tu nak dokong lak.......mana boleh......kalau jogging buat cara jogging......tak macam tu Ipah?
Juara jogging petang ni......Kak Piah........ kepenatan sampai dah tak larat......terbaring kat depan kereta

Adik tolong beri air kat Kak Piah........tengok tu Kak Piah bila dah jumpa air sirap

Bila dah abis berjogging sampai-sampai jer kat kereta abis dengan Kak Piah sekali terus dah tak larat nak jalan......semua dah haus lah pulak....sib baik ada bawak bekal air sirap......

Bila tengok air dah tinggal sikit.....apa lagi berebut lah pulak.......tak elok tau berebut-rebut ni.......

Adik minum air sirap sehingga ketitisan terakhir........kalau boleh nak telan botol tu jer....sabar.....sabar.....kay

p/s masa dalam kereta Ipah dah tak sabar nak buka stokin.....komen Ipah tengok tu sampai dah "garing-garing" kaki Ipah.......alamak Ipah bukan garing lah tapi berbekas ala garis-garis gitu......lawak laa Ipah ni....

Saturday, June 14, 2008

Ipah n Perry

"ipah n perry bile hepibede"

tu ayat yang Ipah tulis.......yang Ipah maksudkan "Ipah dan Perry bila masa Birthday Perry" yang hepibede tu maksudnya pula ialah "Happy Birthday"........ nanti Ibu sambung lagi yea.....

Perry kalau kena dokong ngan Ipah........dia akan buat badan lembik2 jer.....tak kisah pun Ipah nak buat apa......tangan Perry mesti macam gaya dalam gambar tu.......ala manja-manja kucing gitu.......

Walapun tak dapat berbowling.......Ipah tetap ceria.....Ibu tau lolipop n ice- cream tak setanding dengan peluang bermain bowling kan.......

Hari ni anak-anak Ibu turut memeriahkan aktiviti persatuan yang Ibu sertai.....terima kasih atas sokongan anak-anak Ibu tapi maaf yea anak-anak Ibu tak dapat main bowling.....Papa lak buat tak layan jer....syok sangat main bowling sampai lupa dunia.......sian anak-anak Ibu.....tapi Ibu janji dalam masa terdekat nie kita pergi bowling sesama kay......Ibu ingat janji kita

Thursday, June 12, 2008

Latih-tubi

Ibu diberitahu minggu ni CIC akan buat pertandingan Maths, mlm semalam Ibu bg beberapa latihan utk Kak Piah n Ipah......Kak Piah punya latihan mencabar sket kalau dibandingkan dengan latihan yang Ibu beri pada Ipah......tapi Ibu tahu Kak Piah boleh buat....Adik lak boleh buat semua tapi macam biasa cuma adik belum yakin nak buat sendiri......asyik2 tanya Ibu laa....tanya Papa laa....lepas ni Ibu nak anak-anak Ibu cuba sedaya upaya buat sendiri lepas tu kalau betul2 tak boleh buat baru kita bincang sesama......bukan apa Ibu nak anak-anak Ibu yakin....

Tuesday, June 10, 2008

Birthday...

Anak-anak Ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh.......tengok tu tiup lilin birthday Ibu tapi macam masing-masing punya birthday lak.......hehehe comel betul anak-anak Ibu

Inilah hadiah birthday yang berharga buat Ibu......hadiah pertama dari anak-anak Ibu....."Pefium" sebagaimana yang dieja Kak Piah di bawah.........ingat tau kenangan ni.....

"selamat hari jadi ibu saya sayang sangat ibu daripada siti zafirah
saya bagi ibu pefium"

"selmat hari ibu ipah
"


Tulisan di atas merupakan tulisan pertama anak-anak Ibu dalam blog ini. Terima kasih anak-anak Ibu......hari ni Ibu gembira sesangat.......hari ni juga dah meningkat setahun lagi umur Ibu....macam sikit jer bila sebut setahun tu....heheh....Terima kasih atas ingatan itu......Kak Piah amat berusaha nak celebrate birthday Ibu......nk beli hadiah laa.......jemput kenkawan laa.......(Ibu dapat bayangkan macamana kecohnya petang tadi kan.....)sungguh terharu Ibu......Terima kasih juga untuk Papa.....Baju dr Cik Uda n Nanny juga sangat cantk dan sesuai banget.....
Anak-anak Ibu excited nak tengok apa hadiah dalam tu......walhal tu laa hadiah yang anak-anak Ibu pilih.......gelagat anak-anak Ibu memang amat menceriakan

Untuk Kak Piah n Ipah......kek tadi tu sedappppp sangat........hadiah yang anak-anak Ibu pilih dan beli pun harummmmmm sangat........Terima kasih sayang Ibu....

Sunday, June 8, 2008

Cita-Cita

Perarakan panji-panji sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong-Sabtu 7 Jun 2007

Topic ari ni pasal cita-cita.......apakena dengan cita-cita........ sebab dah dua hari anak-anak Ibu asyik cerita pasal cita-cita.......memula adik yang buka cerita bila dah besar nak jadi askar, bomba dan polis. Tak lama lepas tu Kak Piah pulak buka soalan tanya Ibu masa dalam perjalanan nak balik rumah lepas beli bunga telur untuk Nanny;

Adik : Ibu, Ipah nanti dah besar nak jadi polis dengan bomba....
belum sempat Ibu mencelah........
Adik : lepas tu Ipah pun nak jadi polis
Kak Piah : Ibu, boleh ke kita kerja banyak-banyak?
Ibu : Boleh tapi kena bersesuaian laa
Kak Piah : Kalau Piah nak jadi doktor dengan askar boleh tak?
Ibu : Boleh sebab dalam askar ada doktor tentera
Kak Piah : Kalau dengan bomba?
Ibu : tak boleh
Kak Piah : Apasal?

begitu la seterusnya.......perbincangan hangat sepanjang perjalanan yang renyai-renyai sampailah kita semua tiba di rumah.......tu malam semalam punya perbualan.....hari ni pun sama juga.....kisah ni sebenarnya bermula pukul 7.30 pagi hari Sabtu 7 Jun 2008 sempena birthday Yang Dipertuan Agong Malaysia......masa tu ada siaran langsung perarakan panji-panji maka dek terlalu asyik tengok siaran langsung tu.....tu yang timbul cita-cita nak jadi macam papa....
Pasukan beruniform sentiasa menarik minat anak-anak Ibu......gambar Papa tak de sebab Papa yang amik gambar kan........

Part yang anak-anak Ibu suka........berkawad.......bersemangat jer

Untuk anak-anak Ibu, terutamanya Kak Piah yang selalu bertanya pada Ibu.....Kalau Piah dah besar Ibu suka Piah jadi apa? setiap Ibu akan mengharapkan segala yang terbaik untuk anak-anaknya begitu juga dengan Ibu.... Ibu berdoa semoga apa yang dicita-citakan oleh anak-anak Ibu akan dimakbulkan oleh Allah dan Ibu akan sentiasa mendoakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anak Ibu......semoga segala-galanya diberkati dan dirahmati Allah...Amin.

Esok sessi persekolahan bermula.......anak-anak Ibu dah tak sabar-sabar nak pegi sekolah.....maklumlah dah dua minggu cuti......hari Jumaat ari tu dah tak boleh tunggu lagi dah sampai Kak Piah merayu ngan Ibu n Papa nak pegi sekolah.......tapi Papa pujuk stay laa kat rumah minggu ni......minggu depan baru hari Isnin baru pegi sekolah macam biasa......sebenarnya Kak Piah dan tak sabar nak pergi sekolah......kad untuk Sakinah pun Kak Piah dah siap buat.....dah rindu kat kawan-kawan la tu

p/s esok Papa ada exam......anak-anak Ibu jangan kacau Papa tau......untuk Papa....semoga dapat buat yang terbaik dan kami semua mendoakan yang terbaik untuk Papa dan semoga dipermudahkan segalanya......good luck......

Tuesday, June 3, 2008

Cuti sekolah

Tempat pertama dilawati Kapal Flora de la mar........

Pengalaman pertama anak-anak Ibu menaiki beca ngan Acu.....tapi lepas sekali naik beca......Piah n Ipah nak naik lagi.......mahal tu sayang kalu sekali naik untuk sejam RM40.00 kalu sekali pusingan RM20.00......

Kak Piah n Ipah di depan tinggalan sejarah Kota A'Famosa

Gambar belakang beca ni Ipah yang ambil......suka bebenor nak ambil gambar belakang beca.....cantik katanya
Adik ni terror betul main gasing umur baru 5 tahun.....tapi tak mustahil memandangkan dari atuk sampai cucu memang terror main gasing.....selamba jer dia baling gasing tu.....Ibu pegang gasing yang paling kecil....gulung-gulung tali pastu bila tengok dia baling gasing dengan selambanya maka Ibu pun dengan selambanya meletak kembali gasing tu......heheheh

Kak Piah bergaya dengan topeng ultraman, masuk-masuk jer kedai terjumpa lak topeng ni maka memandangkan anak-anak Ibu minat sangat ultraman takper tapi satu sahaja tau

Yang bagusnya di Muzium Samudera ialah lukisan-lukisan cartoon yang boleh dibaca oleh anak-anak.........part ni yang paling Ibu rasa tak sia-sia bawa anak-anak Ibu ke Muzium ini

Kali ni plan cuti sekolah nak bawa Piah, Ipah, Acu, Nyai, Nanny, Cik Uda gi jalan-jalan kat Bukit Merah Lake Town Resort tapi atas alasan yang munasabah n advise dari Papa makanya rombongan Cik Kiah ke Bukit Merah tak dapat dilaksanakan. Maka Melaka lah menjadi galang gantinya memandangkan anak-anak Ibu nak sangat naik beca.


p/s minggu ini juga kita kehilangan orang yang paling disayangi oleh semua terutamanya Tok Busu....semoga rohnya sentiasa dirahmati dan dalam redha Illahi.....Al Fatihah