Followers

Sunday, May 23, 2010

23052010 Adik Rindu Papa



Dah beberapa hari Ibu tk buat new entry......ada banyak benda yang nak kena settle n nak kena buat n Baby Z lak dah beberapa hari demam.....pagi-pagi tadi seawal jam 6.30 Ibu n Nanny jadik orang pertama terpacak kat wad kecemasan Hospital Putrajaya....malam tadi pukul 3 pagi adik bangun lepas tu terus tak tidur-tidur sambil sebut Papa.....Papa....Papa.....yang buat Ibu sangat-sangat risau bila suhu badan adik bila sudah lepas makan ubat pun masih 38.7 n bila panas sangat tu suhu badan adik 39.2........tuala basah memang tak lekang kat dahi adik sampai tilam pun basah.........

Tapi adik tetap kuat macam biasa.....dia tak menangis cuma menjerit aja n tadi pagi masa nurse nak ambil darah untuk buat blood test pun adik tak menangis......siap bule senyum-senyum n asyik sebut Papa .....Papa.....jer.....sampai doctor n nurse tu tanya....."papa yer....mana papa......" Ibu bgtau Papa keja....jauh......

Alhamdullillah......result blood test adik semuanya ok......

Tuesday, May 18, 2010

18052010 Helmet

Disebabkan hari ini Ibu buka email dari Cik Uda n ader gambar lawak pasal helmet....maka Ibu pun carik la gambar-gambar lama anak-anak Ibu dengan helmet unik masing-masing.....

our little Picasso in the making..........

our talented Leonardo da Vincci in the act......


ni pula Ibu dapat dari email sapa tah tak ingat dah......lama dah tapi memang ler pandai si pencipta kartun nih.......

si nyamuk yang bijak.......

ni ari tu jadik gambo profail Daily Humor......tapi cute jer kan kucing tu........sat lagi pasti Perry jadi mangsa....heheh tunggguuuu


ni laa gambo yang Ibu terima dari email Cik Uda.....apa2 jer laa....perasan tak kat atas lampu tu dia letak helmet dia.....pandai ke idak????.....lu pikirla sendirik.........





Monday, May 17, 2010

17052010 Peti Ais Toshiba


Hari ni pagi-pagi lagi dah menerima perkhabaran yang kurang sedap didengar......almaklumlahkan pagi-pagi.......peti ais buat hal lagi....iskh.....iskh.....tunggu jugak aa sampai tengahari.....kot-kot lepas on off kan suis elektrik dia boleh buat magik buleh kebah demam dia kan....rupa-rupanya dia dah tiba masanya......
Maka berlarian Ibu tengahari tadi pi carik kedai Peti Ais yang boleh hantar hari ni dan waktu tu jugak......hasilnya.....tu aaa gambar di atas.....Papa apa lagi.....jangan buat-buat lupa lagi yea....

Sunday, May 16, 2010

Sepetang di Hari Belia Negara @ Putrajaya

Disebabkan perkhabaran bahawa jalan-jalan utama ditutup makanya Ibu, Kak Piah n Ipah berjalanlah menuju tapak pameran n karnival di Presint 2, masa jalan tu dah rasa pelik dah apesal kitaorang jer yang jalan...... n ada seorang makcik dan anaknya yang turut sama jalan.....



Sambil jalan.....posing...oppsss angin kuat laa pulak.......ambil gambar sambil nak hilangkan rasa penat berjalan.....almaklum dah lama bebenor tak berjalan nih......baru berapa langkah dah semput.........


Ipah dengan aksi rabbit katanya.......

Bila dah penat macam-macam gaya dibuatnya.....ni kira ok gambar masa ni......sebenarnya Ipah nak panjat tiang tu....Ibu marah terus bergelungsur jer ke bawah.....

Acara pertandingan tomoi.....Piah n Ipah......ader ke tomoi yang nak ditengoknya....iskh....iskh.....tapi tengok jugalah 2 games.....tu pun Ibu ajak balik tak nak......nak tengok lagi katanya......


Bila dah penat nak berjalan Ibu pun tahanlah tram......bersesak-sesak dengan adik-adik pengakap.....air kat tangan Piah tu dah kira trip yang kedua tu.....panas n dahaga air Ibu pun dikebasnya.......

Adik-adik pengakap turun.....abang-abang Pertahanan Awam pula naik.....tapi kitaorang tetap tak turun-turun juga.....drebar bas tukar pun kitaorang maintain jer kat tempat duduk tu....hehehe cara senang nak hilangkan kelenguhan kaki......almaklum laaa....naik free

Sepanjang Persiaran Perdana.....

Anna Raffali......tapi Piah n Ipah tak nak tengok.....tak kenal katanya......

Persembahan dari Persatuan Silat Gayong, Pattani, Cekak, Taekwando n beberapa persatuan Seni Mempertahankan Diri......nak tengok tapi ramai lah sangat orangnya.....

Saturday, May 15, 2010

15052010 Hari Belia Negara 2010

Hari Belia Negara telah bermula dari 14 hingga 16 Mei......terlalu banyak sangat program yang telah diatur bermula semalam

Antara program semalam ialah Majlis Tahlil & Doa Selamat, Khutbah Jumaat, Solat Hajat dan siaran langsung Al-Kuliyyah.......

Program untuk 2 hari ni pulak termasuklah perasmian program Hari Belia oleh YAB Perdana Menteri di PICC......angan-angan nak pegi la jugak pepagi buta tadi....almaklumla ramai kenkawan n ex-schoolmate yang akan datang.....tapi apakan daya Zafirah lak tak tido lena malam tadi makanya.....rasa macam tak larat lah pulak nak menapak.....Sebab apa menapak???? sebab banyak laluan akan ditutup.....dan ada yang telah ditutup bermula 12 tghmalam tadi.....

Antara Laluan yang ditutup ialah.....Laluan masuk ke Persiaran Perdana, Presint 2, Presint 3 dan Presint 4......semua kenderaan persendirian tidak dibenarkan masuk......Oleh yang demikian, akan disediakan bas-bas percuma......letak kereta n naik bas di Park n Ride Presint 1 dekat ngan Alamanda, pastu letak kereta kat area hospital n naik bas kat ERL......bas-bas akan membawa anda ke destinasi seterusnya antaranya ke PICC atau Presint 2 dan dikhabarkan tram akan menunggu untuk membawa anda ke lokasi seterusnya......

Program di Tapak Pasar Tani........Karnival Jom Heboh TV3 kalau nak tengok Tomok n Sofaz......depa ada kat situ petang nih.....

Program di Persiaran Perdana.......Pameran Pendidikan, JobFair, FI Team, Motorbike Show, Perhimpunan Sukarelawan, PLKN, Persembahan Band, Kesenian Rakan Muda, Pertandingan extream Dance, Persembahan Indie Band dll......penat wei tulih ado banyak laie.....

Program di Jambatan Putra........ Pertandingan Dikir Barat, Konsert Rabbani, Pertandingan Gendang n Sessi Bersama Upin & Ipin, Sessi Bersama Chef....dll

Program di PICC.....Perhimpunan Belia Negara, Penyampaian Anugerah, Pertandingan Cheer Leading.....dll....nih Ipah sure suka punya......

Tu sikit ajer yang terlintas n teringat nak tau lebih lanjut gi kat website Perbadanan Putrajaya....ader berpuluh-puluh program yang derang aturkan.....futsal, bolajaring, tomoi, teater kampong Aiman, kabbadi, peragaan fesyen, sepak takraw, bola keranjang.....

Tapi masalah Ibu yang begitu teruja nak pergi nih......minggu depan anak-anak Ibu ada exam.....laaa ni pulak cuaca sangat-sangat panas....Ipah lak batuk-batuk lagi.......iskh....iskh.....pegi.... tak pergi.....pegi......tak pegi.....nak sampai berapa kali ni kira???

Thursday, May 13, 2010

13052010 Perry & Zakirah

Nampak tak mata berkilau kat belakang Zakirah.....tu la Perry yang sentiasa nak enterframe.....


Semalam busy sesangat....tak sempat nak wat entry......hari ni nak cerita sket pasal Perry aka kucing kesayangan kami yang kenkadang tu ader gak wat onar......Perry tak banyak ragam....pendiam n nampak gaya macam tau banyak benda jer tapi penakut yang amat........myb sebab dia tak de ibu yang jaga n ajar dia camner nak bersosial masa kecik2 kot......alkisahnya....la ni asal ader baby Zakirah kat situ pun ader Perry menebeng.....macam bodyguard gitu.....n lagi satu setiap kali Ipah menangis mesti dia datang........kot la kalau dia bule cakap kan....agaknya laa mesti dia cakap "apasal ni Ipah.......asyik menangis aje.....mieow....mieow..." Kalau Kak Piah lak dia suka datang n cium muka Kak Piah masa dia baring tengok tv.......ke Perry kata..."sudah.....sudahlah tu tengok Mr. Bean.....mieow......mieow......"hehehe



Bodyguard Zakirah.......Perry dah tunggu Zakirah sejak Zakirah belum lahir lagi......masa tu tetiap hari dia mengiau nak tidur dalam bilik n banyak kali Ibu terkejut sebab buka mata jer Perry ada depan mata........

Tengok tu......Zakirah tidur jer dia pun sibuk cuci muka n apa yang patut.....nak tidur jugak laa tu

Tuesday, May 11, 2010

11052010 Kasih Abang....


Bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati dan diambil iktibar dari apa yang tersirat di dalam gambar ini.......terima kasih kepada pengirim email.....sesungguhnya terasa amat beruntung berada di dalam kehidupan dan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kami.....sebagai seorang Ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bayi berusia 5 bulan hati Ibu sungguh tersentuh melihat paparan ini..........sedih tak terkata tatkala menatap gambar ini......Bersyukurlah anak-anakku akan nikmat yang diberikan Allah kepada kita semua........Ibu berdoa semoga kanak-kanak di dalam gambar ini sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan diberi kehidupan yang lebih baik.....Amin.

Monday, May 10, 2010

09052010 – Pajama’s Kids

Aktiviti-aktiviti bila Piah, Ipah, Napi n Fizzi berkumpul …macam-macam aktiviti yang derang buat…..mula-mula sampai jer terus main remote control car….pastu senyap jer rupanya dah dapat lak kawan-kawan baru…..penat jer terus masuk dalam makan donut…..sekejap jer pastu sambung balik aktiviti….maghrib jer semua tak sabar nak mandi sebab nak pakai pajama baru yang Uwan belikan…….pastu sambung main lagi…….sampai .makan pun tak ingat…..sampai ada yang kena paksa makan… atuk suapkan….


Aksi-Aksi Nakal Cucu-Cucu Cikgu Mohd. Nor & Cikgu Zaharah

Sekali imbas mesti orang ingat yang pakai baju hijau adik-beradik n yang pakai baju biru tu adik-beradik yang lain kan.....rambut pun mcm yang hijau kerinting n ikal sikit......n yang pakai baju biru tu lurus sket.....

Tetiba ader new comer baju warna pink.....sebab Uwan tak jumpa lagi kot pyjama untuk baby......

Awatnya.....Fizzi n Kimi wat gaya camtu........

Laa......Fizzi takder geng.....sorang-sorang jer kat tengah

Pian n Ipah mintak kebenaran Ibu untuk tak pergi mengaji malam ni….sebab Onyang, eNek, Atok , Uwan n yang paling penting sepupu-sepupu derang ader kat rumah….tak nak bagi kesian pulak bukan selalu pun derang jumpa…..kali ni saja tau…lain kali tak boleh dah…..kelas mengaji kat surau pun dah bertambah lagi 2 orang n sekarang dah lebih 10 orang….Alhamdullillah dah semakin ramai yang mengaji di surau……

Sunday, May 9, 2010

09052010 Selamat Hari Ibu

Birthday Cake Acu merangkap kek untuk Hari Ibu........

Nenek @ eNek dengan zakirah......

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu. Macam-macam panggilan untuk ibu antaranya yang biasa didengar mak, ibu, ummi, mommy,bonda dan pelbagai panggilan lain. Walau apa pun panggilan manja untuk ibu pengorbanan seorang ibu harus dihargai sepenuhnya. Setiap manusia yang lahir didunia ini adalah anak yang dilahirkan dari perut seorang ibu maka wajarlah ia diraikan bukan pada hari-hari tertentu sahaja....tetapi adalah lebih baik diraikan setiap saat dan setiap waktu yang ada.......

Kepada Mak, Siti Sulikah @ Hjh Faridah Bt Misron dan Ibu Mertuaku Hjh Zaharah Bt Mohd Zin yang disayangi dan dikasihi....Selamat Hari Ibu, Semoga Mak sentiasa gembira, bahagia, sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Dan semoga kami akan menjadi anak-anak Mak yang soleh dan solehah.....
Kebetulan Hari Ibu ngan Bday Acu dekat2 jer....makanya semalam celebrate keduan-duanya skali..........

Bday Boy - Acu Iyeh
Semoga Pak Cu akan sentiasa menjadi Pak cu yang terbaik.....

08052010 Perhimpunan Hari Pekerja

Antara petugas-petugas Perhimpunan Hari Pekerja 2010

Para pekerja dan majikan yang menyertai Perhimpunan Hari Pekerja 2010 - Biru-putih (syarikat Samsung), serba hitam (SUK Negeri Selangor) Oren tu tk ingat laa plak.....
Antara rombongan-rombongan yang dalam perjalanan menyertai Hari Pekerja (pink - bas USM kalau tak silap den laa....) Inst. Perakuanan Negara n lori tu abaikan sajer yea....... alamak gambo dah terilang lah pulak......



Antara bas-bas yang sedang menempuh perjalanan yang singkat tetapi amat jammed........

Semalam telah diadakan Perhimpunan Hari Pekerja di MIECC......kepada sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan tahunan ini pastinya akan tertunggu-tunggu majlis ini yang diadakan setiap tahun.....Ini adalah tahun kedua ianya dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak......Berikut adalah antara amanat Perdana Menteri kita........ingatan untuk majikan agar mengutamakan pekerja tempatan..........petikan dari Utusan Malaysia....

"Utama pekerja tempatan


KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.


Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.


“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya."



Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Hari Pekerja akan muncul.........penat deh nak upload sekarang......






Sebahagian para pekerja yang betul-betul menikmati suasana perhimpunan hari pekerja 2010....Uniform Hijau (kontigen dari Harta Maintenance.....yang nampak sipi2 uniform Kuning tu datang dari jauh SUK Sarawak.....

Boss........
Alamak terpost 2 kali aaa plak.......
Peserta dari kontigen Celcom Axiata Sdn. Bhd. ......cuba korang tengok apa yang tertulis kt baju derang.....ada satu lagi BearFrance......


Friday, May 7, 2010

07052010 Pra-Perhimpunan Hari Pekerja

Semalam n hari ini opis senyap sahaja........sebahagian besar sedang bertungkus lumus di MIECC untuk persediaan Perhimpunan Hari Pekerja 2010......kali ini akan diadakan di MIECC memandangkan Stadium Putra Bukit Jalil sedang digunakan untuk Piala Thomas......

Thursday, May 6, 2010

05052010 Dinner PUSPANITA

Antara ahli-ahli Puspanita yang turut memeriahkan Malam Ladies Night di Puspanitapuri
Aturcara Majlis.....

Pengerusi Puspanita


Malam semalam ada Ladies Nite kat Puspanitapuri.....balik kerja jer Ibu beritahu Piah n Ipah Ibu nak gi Dinner....apa lagi semua nak ikut.....Ipah siap pakai sselipar nak hantar Ibu kat kereta dengan harapan dapat ikut.....tak boleh aaa sayang......ada event yang boleh ikut ada yang tak boleh ikut....tapi Dinner 22 Mei 2010 nanti anak-anak Ibu boleh ikut.....Malam balik sedang tepat pada waktunya untuk baby Zakirah menyusu.....

Ipah kena practise untuk pertandingan kat KAFA.....tajuk untuk persembahan Ipah "Rukun Iman".....Ipah tanya macamana nak buat gaya kat Ibu masa bagi ucapan......susah jugak rupanya nak buat gaya.....untuk ingatan bersama agar kita tak akan pernah lupa...............

"RUKUN IMAN......i) Beriman kepada Allah. ii) Beriman kepada Malaikat. iii) Beriman kepada Kitab. iv) Beriman kepada Rasul. v) Beriman kepada Qada' & Qadar. vi) Beriman kepada Hari Kiamat."

Good Luck Ipah......semoga segalanya dipermudahkan olehNya........

Wednesday, May 5, 2010

Living Malaysian Hospitality : Eating, Breathing, Sleeping

Living Malaysian Hospitality : Eating, Breathing, Sleeping


Petikan dari malaysiaairlinesblog.com.......bermulanya hubungan antara MAS dan Malaysia Peacekeepers

".................................
Before that……

Negotiations for the flight began five weeks ago, after UN approval was obtained for Malaysia to send a contingent of our Peacekeepers to Beirut. Having agreed with the pricing and schedule, we sealed the contract, and I got the MasCharter team cracking getting all sorts of approvals necessary for the organization of the flight. A B747-400 with a capacity of 380 seats ( 9M-MPK) was identified for the non-stop 10 hour flight from Subang Air Force Base to Beirut. Armand (Charter Photo Journo) was assigned photo duties while Ariv ( part time Videographer and Military enthusiast) was appointed the video hack. A crew of 14 Stewardesses along with one Chief was selected, together with three pilots, one loadmaster and a travelling aircraft engineer. Weapons and munitions were packed in accordance to the UN/ICAO DG requirements, busses were booked to ferry the troops from the KUA base to SZB and overnight hotel were also arranged for them.

The week before, we ferried a batch of 88 peacekeepers on the scheduled MH flight, upgrading the A330 to B744 to accommodate the Military Cargo.

We also arranged catering and tenting facilities for the families to send off their loved ones. Having been told that DPM will be sending the troops off, VVIP catering was also organised. Our trusted caterer, LSG Skychef was roped in for this purpose.

Cargo loading commenced that Sunday evening with a convoy of Army trucks heading into the MAS cargo complex, dropping of the necessary equipment and rations. The aircraft was then flown to Subang from KLIA to depart at the stipulated hour................"

Tuesday, May 4, 2010

05052010 Homework

l

Comel tak peneman kakak-kakak semasa membuat project robot aka homework Kak Piah. Zakirah pun tidur lambat gara-gara homework Kak Piah

Ipah bergotong-royong dengan bersungguh-sungguh......Terima kasih Ipah

Balik rumah Ibu dikhabarkan akan banyaknya homework Kak Piah yang perlu dibuat sebelum 8 Mei 2010 iaitu hari Sabtu......kalau dateline hari Sabtu mesti kena hantar by hari Jumaat......makanya berkejaran lah Ibu n Ipah sekali bergotong royong menolong Kak Piah menyiapkan homeworknya......tapi Ibu n Ipah tolong yang basic2 sahaja......the rest Kak Piah kena selesaikan sendiri........malam ni siapkan project "Robot" Kak Piah untuk English Class n "Tempat-Tempat Menarik" untuk kelas BM.......

Project Robot....fuhhh mencabar jugak.....sib baik kotak-kotak ari tu Papa tak habis buang.....sebab Papa tk nampak @ tak perasaan bahawa isinya telah tiada.....

Ini lah hasilnya.......2 project Kak Piah untuk hari ini

Homework anak-anak sekolah ni banyak yang memerlukan gambar n kotak-kotak kosong yang akan digunakan mengikut kreativiti murid-murid berdasarkan arahan guru.....oleh yang demikian, buat sementara waktu tu simpan-simpan la kotak kosong yang kecil-kecil.... so bila terdesak camni ada la back-up........lagi satu bg yang mampu sediakanlah printer n pc siap-siap....kalau tak pun simpan la suratkhabar lama n majalah lama untuk dianbil gambar yang berkenaan......teringat dulu-dulu majalah WANITA mak selalu yang jadi mangsa.....walhal tau mak simpan untuk buat koleksi tapi anak punya pasal......redha saja la.....Terima kasih mak...

Last touch-up dari Kak Piah

Monday, May 3, 2010

04052010 Detektif Baby Z n Bersukan

Pian n Ipah hari ni balik lambat sikit bukan sebab lambat keluar dari sekolah tapi asyik tertinggal barang kat kelas......Pagi Ipah tertinggal beg PSV (dulu panggil kelas Lukisan jer.... laa ni nama pun dah moden sedap jer panggil PSV (Pendidikan Seni Visual)......nak dijadikan cerita balik tengahari beg PSV tertinggal lagi kali bukan tertinggal kat rumah macam pagi tadi tapi tertinggal kat sekolah lah pulak.....nasib baik mood Kak Piah hari no ok makanya berjalanlah Kak Piah ke kelas Ipah....Terima kasih Kak Piah.....Ipah jangan tertinggal barang lagi na....banyakkan makan kismis....

Sampai rumah Baby Z dah bangun....apa lagi habis basah adik digomol....pastu tiba-tiba Ibu terdengar "adik jadi detektif...adik jadi detektif"......ni tak de menda lain mesti detektif Conan punyer cerita.....memang pun ghupernyer adik yang kena jadi detektif.....



Korang nampak kan apa ada atas kepala zakirah.....macam-macam dibuatnya


Zakirah lak happy jer....

Petang Piah n Ipah masih kena kuarantin sebab masih tak sihat sangat....Ibu gi main bole tampar yang dah berpuluh tahun rasanya tak menampar bola....makanya memang tangan Ibu makan penampar bola....macam-macam gaya.....dan macam-macam fesyen derang bersukan......ader yang berpakaian smart bila beraksi.....ader yang comel n cute sajer.....



"Semangat kesukanan ada di mana-mana asalkan kita berusaha merealisasikannya"

"Dua-dua gambo ni antara yang cute.....muahahaha....dik jaga gol betul2"